SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
DERMASISWA HARAPAN

 
 
     
 
  1. Bantuan Dermasiswa Harapan ini bertujuan membantu pelajar untuk membuat persediaan pendaftaran pada kemasukan pengajian SEPENUH MASA SEMESTER PERTAMA di TAHUN PERTAMA sahaja (TAWARAN TERKINI) ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), IPTS terpilih, Kolej Komuniti, Institut Pendidikan Guru, Matrikulasi, Politeknik, Kolej Vokasional dan Pusat Pengajian yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Perak di Peringkat SIJIL, DIPLOMA,DIPLOMA LANJUTAN, IJAZAH SARJANA MUDA, IJAZAH SARJANA dan IJAZAH DOKTOR FALSAFAH (PhD)(Separuh masa dan sama ada bekerja atau tidak) sahaja.

    ( Senarai IPT Dalam Negara yang Layak Memohon )

  2. Bagi pengajian LUAR NEGARA, pusat pengajian mestilah yang diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sahaja. Pemohon yang mengikuti Program Pertukaran Pelajar/ Mobiliti Pelajar/ Program Berkembar/ Latihan Industri di IPT Luar Negara tidak termaktub dalam bantuan ini.

  3. Anak kelahiran Negeri Perak seperti yang termaktub di dalam Enakmen Negeri Perak No.1 Tahun 1952 para 4 (f)(i) iaitu :-

    • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak, atau :

    • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun, atau

    • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.

    • Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak (DERMASISWA HARAPAN LUAR NEGARA)

  4. Isi rumah (Ibu dan Bapa) berpendapatan dibawah RM5,000.00 sebulan sahaja (gaji pokok).

  5. Pemberian sekali sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian.

  6. Berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu dihantar ke Yayasan Perak selepas membuat permohonan secara online:

    • Maklumat Permohonan yang dicetak selepas membuat permohonan dan mendapat sokongan oleh PENGERUSI MPKK/ PENGHULU MUKIM dan perakuan AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN)/ PENYELARAS DUN YANG SAH.

    • Salinan SURAT TAWARAN TERKINI yang disahkan oleh Pengerusi MPKK / Penghulu Mukim / Pegawai Kerajaan Kelas A / Wakil Rakyat.

    • Salinan KAD PENGENALAN (Mykad) Pelajar, Ibu dan Bapa yang disahkan oleh Pengerusi MPKK/ Penghulu Mukim / Pegawai Kerajaan Kelas A / Wakil Rakyat.

    • PENYATA PENDAPATAN (Slip Gaji) Bapa & Ibu / Penjaga. Sekiranya BEKERJA SENDIRI atau PESARA sila kepilkan Salinan Penyata Pencen Bulanan atau dapatkan Surat Pengesahan Pendapatan daripada Majikan/ Pengerusi MPKK / Penghulu Mukim/ Pegawai Kerajaan Kelas A/ Wakil Rakyat.


  7. Salinan Surat Kematian atau Surat Bercerai (jika berkaitan).

  8. Dokumen-dokumen berikut perlu dihantar ke Pejabat Yayasan Perak melalui POS/FAKS/ PEJABAT MINI UTC/SERAHAN KAUNTER selewat-lewatnya 1 minggu daripada tarikh permohonan. Permohonan yang TIDAK LENGKAP atau TIDAK disertakan dokumen yang diperlukan akan DITOLAK. Dokumen yang dihantar tidak dikembalikan.

  9. Pemohon boleh membuat semakan secara talian/ online selepas tempoh SEBULAN dari tarikh penghantaran borang.

  10. Tarikh Permohonan Dibuka : Dermasiswa Harapan Dalam Negara & Dermasiswa Harapan Luar Negara (Sepanjang Tahun)

  11. Tarikh Tutup Permohonan: 3 BULAN DARI TARIKH PENDAFTARAN MASUK IPT.
 
     
  **Saya faham dan bersetuju dengan syarat-syarat berikut.  
     
     
     
     

Hakcipta Terpelihara © 2019 Yayasan Perak
Yayasan Perak, Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak, No.111, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh,Perak Darul Ridzuan.
Tel : +605-2552929 Fax : +605-2531701